Setiap Perniagaan Memerlukan Laman Web

Mengikuti Perkembangan Semasa

Dengan kepesatan teknologi masa kini ianya seolah-olah telah menjadi satu kemestian untuk setiap perniagaan mempunyai laman web. Daripada syarikat korperat yang besar sehingga perniagaan yang baru bermula, samada anda menjual perkhidmatan ataupun produk ia boleh memanfaatkan penggunaan laman web yang efektif. Tetapi apakah sebenarnya yang anda dapat perolehi dengan memiliki laman web ini? Adakah ianya berbaloi dengan pelaburan anda. Bagaimana sekiranya perniagaan anda hanya tertumpu untuk satu lokasi atau tempat sahaja?

Memiliki sebuah laman web dapat menunjukkan bahawa anda benar-benar komited dengan perniagaan anda dan mengikuti perkembangan teknologi masa kini. Bayangkan dengan sebuah laman web yang menarik, perniagaan anda akan kelihatan lebih profesional setanding dengan syarikat yang lebih besar dengan hanya mengeluarkan kos yang kecil. Anda dapat menyampaikan lebih banyak maklumat mengenai perniagaan anda melalui laman web berbanding media-media lain.

Sebuah laman web adalah kaedah yang paling murah untuk memasarkan perniagaan anda. Tidak seperti kebanyakkan media pemasaran yang lain, dengan laman web anda dapat menyampaikan maklumat perniagaan anda dengan lebih efektif dan menarik. Dengan sebuah laman web, anda dapat memuatkan berbagai bentuk informasi seperti artikel, grafik, audio dan video disamping dapat berinteraksi terus dengan pelanggan.

Ramai Beralih Ke Media Internet

Statistik pengguna internet di Malaysia telah berkembang dengan amat pesat. Mengikut Internet World Stat, pengguna internet di Malaysia telah menjangkau 64.6% iaitu 16.9 juta pengguna. Dewasa ini internet telah menjadi sumber rujukan

internet-statutama bagi kebanyakkan pengguna. Cuba tanya diri anda, bila kali terakhir anda menggunakan buku yellow pages untuk mencari sesuatu? Adalah suatu yang meletihkan untuk membelek setiap helaian daripada buku tersebut hanya untuk mencari apa yang anda kehendaki.

Trend ini telah berubah mengikut perubahan teknologi, pengguna kebanyakkannya telah berubah arah dan menggunakan internet untuk mencari maklumat mengenai berbagai perkara antaranya maklumat mengenai produk, perkhidmatan, berita dan lain-lain. Mereka menggunakan internet kerana ianya lebih mudah dan pantas dalam mendapatkan maklumat disamping dapat memperolehi maklumat yang terkini.

Sekiranya anda mempunyai perniagaan, adalah satu kerugian yang amat besar sekiranya perniagaan anda tidak berada didalam medium internet ini kerana potensi pasaran yang amat luas.