Perlukah Laman Web Untuk Perniagaan Saya?

check Adakah anda ingin mengembangkan perniagaan anda kepada pasaran yang lebih besar dan mendapat lebih ramai pelanggan?
check Adakah anda inginkan maklumat produk atau perniagaan anda boleh diperolehi dengan mudah dimana sahaja dan oleh sesiapa sahaja?
check Adakah anda inginkan supaya pelanggan anda dengan mudah dapat menghubungi anda pada bila-bila masa sahaja 24jam sehari?
check Adakah anda inginkan perniagaan anda berada di tempat dimana beribu-ribu perniagaan lain berada dan dicari oleh jutaan bakal pelanggan?
check Adakah anda ingin menjimatkan kos pengiklanan dan pemasaran produk anda?

Sekiranya jawapan kepada persoalan diatas adalah “ya”, maka anda perlu mempertimbangkan dengan “serious” untuk memiliki sebuah laman web untuk perniagaan anda. Kebelakangan ini internet telah menjadi sumber rujukan terbesar. Pengguna menggunakan internet untuk mencari apa sahaja, berkaitan informasi, berita, panduan, kajian produk, perkhidmatan dan sebagainya. Internet juga telah menjadi medium komunikasi dan pusat alternatif untuk membeli belah. Secara tidak langsung internet telah merubah gaya hidup masa kini. Internet bukan lagi sesuatu yang ekslusif malah boleh dicapai dan digunakan dimana sahaja.

Mengikut kajian 71% pengguna menggunakan internet untuk mengkaji sesuatu produk sebelum mereka membelinya. Walaupun tidak kesemua daripada mereka akan membeli secara online, ianya adalah sesuatu yang amat baik sekiranya laman web anda berada didalam carian dan capaian mereka. Mempunyai sebuah laman web bukan hanya bertujuan untuk pelanggan melakukan pembelian secara online semata-mata malah ianya lebih daripada itu. Laman web yang menarik boleh dijadikan medium pemasaran dan penyampaian maklumat yang berkesan.

Pengguna kebiasaannya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai sesuatu produk sebelum mereka membelinya. Mereka ingin mengetahui apa sahaja berkenaan produk tersebut seperti specifikasi, kelebihan, kebaikan, pendapat pengguna terdahulu, dimana mereka boleh membeli dan sebagainya. Di sinilah fungsi sebuah laman web dapat digunakan iaitu menyampaikan kesemua maklumat ini dengan cara yang menarik dan mudah dicapai.

Untuk memiliki sebuah laman web pada masa ini bukanlah sesuatu yang sukar berbanding 10 tahun dahulu. Bukan sahaja mudah, malah kos untuk memilikinya juga amat murah. Jika dahulu anda perlu mengeluarkan sekitar RM1,000 keatas untuk membina sebuah laman web namun kini iannya hanya sekitar RM500 kebawah. Jika anda bukan seorang yang mahir dalam teknologi pembinaan laman web, usah risau kerana dengan teknologi laman web terkini, ianya lebih mudah untuk anda mengendalikan sendiri laman web anda. Namun yang paling penting adalah kemahuan anda untuk mempraktikkannya.