Membina Kepercayaan Pelanggan (Bahagian 1)

10 Kaedah Untuk Membina Kepercayaan Pelanggan terhadap perniagaan anda.

Membina kepercayaan pelanggan amat penting dalam perniagaan online. Didalam perniagaan konvensional, pelanggan dapat bersemuka dengan anda, bertanyakan soalan, melihat dan memegang atau merasa produk yang mereka kehendaki namun didalam perniagaan online, pelanggan hanya dapat berinteraksi melalui laman web. Oleh itu amat penting untuk anda membina kepercayaan mereka terhadap anda dan perniagaan anda.

  1. Laman Web Menarik, Lengkap dan Profesional
    Pandangan kali pertama amat penting. Anda mempunyai hanya beberapa saat untuk menarik minat pelawat untuk terus melihat kandungan laman web anda. Sekiranya pandangan pertama mereka tidak menarik maka peluang untuk mereka terus membaca kandungan laman web anda amat tipis. Oleh itu amat penting untuk anda mempunyai grafik dan susunan laman web yang menarik. Pastikan anda mempunyai Logo, susun atur kandungan yang kemas dan kombinasi warna yang bersesuaian dengan perniagaan anda.
    Tips: Cyberniaga WebEasy dilengkapi pelbagai layout dan rekabentuk menarik dan Profesional. Anda juga boleh merekabentuk susunatur laman web anda sendiri dengan mudahezshoppe
  2. Pastikan Laman Web anda mempunyai maklumat mencukupi berkaitan perniagaan anda.
    information-207x300Ketika datang untuk membeli secara online, pelanggan mempunyai banyak soalan dalam fikiran mereka – Adakah selamat untuk membeli dari anda? Bilakah barang pembelian mereka sampai? Adakah produk tersebut asli? Bagaimana anda akan menghantar produk? Adakah anda menyediakan jaminan produk? Bagaimana anda akan menjaga data peribadi mereka?Tanpa maklumat terperinci tentang bagaimana anda melakukan perniagaan anda, adalah sesuatu yang sukar untuk mengharapkan mereka membuat pembelian produk anda! Berikut adalah beberapa maklumat yang perlu anda letakkan didalam laman web perniagaan anda.* Tentang Kami/Syarikat (About Us)- Siapa yang menguruskan perniagaan anda? Apakah falsafah perniagaan anda? Apa cerita anda?
    * Keselamatan & Dasar Privasi (Security & Privacy Policy)- Bagaimana anda menangani maklumat pelanggan? Apakah jaminan keselmatan maklumat pelanggan?
    * Kaedah dan Kadar Penghantaran – Adakah anda menghantar ke negara tertentu sahaja? Berapa kadar penghantaran yang dikenakan?
    * Polisi/Jaminan Pemulangan Barangan – Bolehkah saya mengembalikan produk sekiranya ia tidak menepati ciri-ciri yang dinyatakan masa 30 hari dari tarikh pembelian?
    * Soalan Lazim – Apa-apa soalan yang selalunya diajukan oleh pelanggan. Anda boleh menyediakan soalan-soalan ini berserta dengan jawapannya.
    * Kaedah Menghubungi – Dimanakah alamat perniagaan anda? Bagaimana mereka boleh menghubungi anda?Dengan menyediakan kesemua maklumat ini serta tersedia dan mudah dicapai, anda akan memudahkan pelanggan anda untuk mengetahui segala maklumat yang mereka kehendaki. Ia juga akan memudahkan anda kerana anda tidak perlu lagi membalas email-email pertanyaan berkaitan perkara yang sama berulang-ulang kali.
  3. Nyatakan kepada pelanggan lokasi perniagaan anda dan alamat untuk menghubungi anda
    google-map-256x300 Kebanyakkan pelanggan agak skeptikal atau kurang yakin untuk membuat pembelian kali pertama terutamanya apabila melibatkan pembelian secara online. Sesetengan mereka akan berasa lebih selesa jika dapat menghubungi anda secara terus melalui telefon. Oleh itu amat penting bagi anda untuk menyatakan alamat penuh perniagaan anda dan juga nombor telefon untuk dihubungi. Anda juga boleh menggunakan aplikasi Google Map untuk memaparkan peta lokasi perniagaan anda terus kedalam laman web anda.Tips : Sistem Cyberniaga memudahkan anda untuk meletakkan Google Map terus ke laman web anda. Kini perniagaan anda akan lebih mudah di jumpai oleh sesiapa sahaja.
  4. Uruskan Pertanyaan email pelanggan dengan kadar segera
    Email memainkan peranan penting dalam perhubungan pelanggan. Mengikut pengalaman saya, kebanyakkan pelanggan lebih gemar menggunakan email berbanding telefon sebagai alat perhubungan ketika membuat urusan jual beli seperti pengesahan pembelian, pertanyaan dan sebagainya. Sebaiknya anda membalas setiap pertanyaan dalam masa kurang dari 24jam. Jika anda dapat membalasnya dengan lebih cepat, kebanyakkan mereka akan berterimakasih kepada anda dan dalam masa sama menambah lebih keyakinan mereka kepada anda.
    Layan setiap pertanyaan pelanggan dengan berhemah dan anda pasti akan dapat membina senarai pelanggan yang setia dan cenderung untuk membuat pembelian daripada anda di lain masa.
  5. Bina sebuah Blog khas mengenai perniagaan anda
    bloggingBlog boleh memainkan peranan penting dalam membina kepercayaan pelanggan. Blog dapat mewujudkan suasana “lebih dekat” dan “hidup”. Apabila anda menulis sesuatu artikel didalam blog, anda seolah-olah menyampaikan sesuatu dan “bercerita” kepada pembaca anda dan ini akan membina suasana mesra diantara anda dan pelanggan. Oleh itu pastikan anda mempunyai sebuah blog untuk perniagaan anda. Berikan maklumat atau info yang berguna dan menarik untuk pelanggan anda. Cuba membiasakan diri anda untuk kemaskini blog anda seberapa kerap yang mungkin.
    Tips :
    Cyberniaga Webeasy dan Ezshoppe telah dilengkapi dengan fungsi blog terbina. I akan memudahkan anda membina blog terus ke laman web anda tanpa menggunakan platform lain seperti blogspot.