Cyberniaga Web Creative!

about-cyberniagaCyberniaga.net diasaskan pada tahun 2006 dimana pengkhususan kami adalah di dalam bidang pembinaan laman web, aplikasi berasaskan web, rekabentuk grafik dan pemasaran menerusi internet. Tumpuan kami adalah untuk menghasilkan laman web profesional dalam pelbagai bidang terutamanya komersial dan perniagaan. Kami menggabungkan pelbagai faktor utama laman web seperti grafik profesional, programming, isi kandungan laman web(content authoring) dan optimasi enjin pencari(search engine optimization).

Team Cyberniaga terdiri daripada mereka yang berpengalaman luas dalam bidang pembinaan laman web, pengaturcaraan, copywriter dan pakar pemasaran internet. Kami amat mementingkan hasil kerja yang berkualiti dan profesional. Bagi kami, pelanggan adalah keutamaan disamping membina kepercayaan dan menjadi rakan perniagaan yang berkekalan.

cyberniaga-wall

Cyberniaga Web Creative

Matlamat

Cyberniaga.net telah dibangunkan untuk memberi alternatif kepada sesiapa sahaja terutama golongan usahawan untuk memiliki sebuah laman web yang lengkap, profesional dan mudah dikendali pada harga yang amat berpatutan. Objektif kami adalah supaya setiap individu mahupun organisasi mampu mempunyai laman web mereka sendiri . Bukan hanya memiliki sebuah laman web, tetapi mereka juga akan mampu mengendalikan sendiri  laman web tersebut.

Antara pakej popular yang kami sediakan adalah pakej StarterBiz dan EzShoppe dimana ia dibangunkan berasaskan kepada pengalaman luas kami dalam bidang pembinaan laman web dan perniagaan, baik secara konventional mahupun perniagan melalui  internet.  Sistem ini di bina bukan hanya berasaskan faktor teknikal semata-mata tetapi juga menumpukan lebih kepada faktor perniagaan dan pemasaran menerusi  internet.

Kami berpendapat, untuk berjaya menggunakan medium internet sebagai alat pemasaran bukan sahaja memerlukan sebuah laman web yang menarik tetapi ia juga memerlukan teknik pemasaran yang betul dan lengkap. Sistem Cyberniaga telah dibangunkan dengan menggunakan content management system(CMS) yang terkini. Sistem CMS ini telah di pertingkat dan dibangunkan berasaskan kepada keperluan dan teknologi semasa. Hasilnya adalah sebuah sistem laman web yang mudah dikendali serta mempunyai berbagai fungsi yang lebih canggih, tekini dan berkembang mengikut peredaran masa.